Tarikh: 23 hingga 30 Jun 2020
Seluruh warga kerja SK Lembah Beringin telah berganding bahu bekerjasama melaksanakan gotong-royong untuk memastikan sekolah dapat dibuka sepenuhnya mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Antara kerja-kerja yang telah dijalankan adalah seperti berikut:
- Membersihkan semua bilik PdP.
- Merancang susun atur bilik-bilik PdP disediakan dengan mengambil kira penjarakan sosial.
- Menyusun meja bagi setiap bilik PdP dalam jarak satu meter antara satu dengan yang lain.
- Meletakkan tanda penjarakan sosial satu meter di lokasi yang dikenal pasti.
- Menyediakan bilik isolasi. Pelitup muka juga disediakan bagi murid bergejala.
- Membuat pelan laluan pergerakan.
- DIY sinki di hadapan setiap bilik PdP. Sabun atau pensanitasi tangan (hand sanitizer) turut disediakan.
- Menampal maklumat berkaitan langkah pencegahan dan peringatan COVID-19 di pintu masuk utama sekolah dan lokasi strategik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan