SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Monday, April 28, 2014

PERTANDINGAN ROBOTIK LEGO FLL MALAYSIA 2014

TARIKH : 26 - 27 APRIL 2014
HARI : SABTU - AHAD

BUAT JULUNG KALINYA SKLB MENYERTAI PERTANDINGAN ROBOTIK LEGO FLL MALAYSIA 2014 YANG DIADAKAN DI UCSI UNIVERSITY, CHERAS. TAHNIAH DAN SYABAS DIUCAPKAN KEPADA TEAM ROBOTIK SKLB.














KARNIVAL BAHASA INGGERIS 2014

TARIKH : 23 APRIL 2014
HARI : RABU
MASA : 8.00 PAGI - 1.00 PETANG

SEKALI LAGI PADA TAHUN INI, SKLB MENJADI TUAN RUMAH UNTUK KARNIVAL BAHASA INGGERIS DAERAH HULU SELANGOR 2014.
PELBAGAI PERTANDINGAN YANG DIANJURKAN TERMASUKLAH ACTION SONG, STORY TELLING DAN SPELLING BEE.
SKLB JULUNG KALINYA MENYERTAI ACARA ACTION SONG DAN BERJAYA MERAIH TEMPAT KE-4. SYABAS DAN TAHNIAH..










Thursday, April 24, 2014

PROJEK PEMASANGAN JARING BURUNG 2014

         MASALAH KEHADIRAN BURUNG YANG TERLALU BANYAK MENYEBABKAN KEBERSIHAN DAN KESIHATAN WARGA SEKOLAH SEMAKIN TERANCAM. OLEH YANG DEMIKIAN, PIHAK SEKOLAH MENGAMBIL LANGKAH MEMASANG JARING UNTUK MENYEKAT DAN MENGURANGKAN KEHADIRAN BURUNG BERKENAAN. 

        TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA GPK HEM. TN HJ MD NOOR KERANA BERSUSAH PAYAH BERKORBAN TENAGA DAN KEWANGAN MENJAYAKAN PROJEK INI. TERIMA KASIH JUGA DIUCAPKAN KEPADA EN. ANUARSHADAT & EN. SOLO KERANA MEMBANTU MEMASANG JARING BERKENAAN.





PELUPUSAN PERALATAN MAKMAL KOMPUTER

ALHAMDULILAH. PERALATAN MAKMAL KOMPUTER TELAH MENDAPAT KELULUSAN UNTUK DILUPUSKAN. PERALATAN MAKMAL KOMPUTER YANG DILUPUSKAN TERMASUKLAH 21 BUAH KOMPUTER, SEBUAH PENCETAK, SEBUAH PENGIMBAS, SEBUAH LCD PROJEKTOR DAN SEBUAH SERVER.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA KELAB BRIGED SIBER TAHUN 4 ILMU KERANA MEMBANTU GURU PENYELARAS MAKMAL, EN. KHAIRIL AZAM DALAM PELUPUSAN INI. CARA PELUPUSAN MELALUI JUALAN SISA.











Tuesday, April 22, 2014

PROGRAM JOM MEMBACA 10 MINIT 2014

TARIKH : 22 APRIL 2014
HARI : SELASA
MASA : 10.00 - 10.15 PAGI

PROGRAM INI DILANCARKAN SERENTAK DI SELURUH NEGERI SELANGOR BERTUJUAN MENDIDIK MURID-MURID UNTUK MINAT MEMBACA WALAUPUN DENGAN HANYA MASA YANG PENDEK.