SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Wednesday, November 23, 2016

MAJLIS SANJUNGAN BUDI,LAMBAIAN KASIH PN. HJH. AZIZAH BT HASSAN

TARIKH : 23 NOVEMBER 2016
TEMPAT : DEWAN BERINGIN INDAH, SK LEMBAH BERINGIN
MASA : 8.30 AM - 1.00 PM

SEMPENA HARI PERSARAAN GURU BESAR SK LEMBAH BERINGIN YANG AKAN TAMAT PERKHIDMATANNYA PADA 28 DISEMBER 2016, PIHAK SEKOLAH TELAH MENGADAKAN MAJLIS SAMBUTAN HARI PERSARAAN BELIAU LEBIH AWAL. INI KERANA TARIKH PERSARAANNYA JATUH PADA HARI CUTI PERSEKOLAHAN HUJUNG TAHUN. DENGAN MENGADAKAN MAJLIS INI LEBIH AWAL, MURID-MURID SK LEMBAH BERINGIN JUGA BERPELUANG BERSAMA-SAMA MENYAMBUT HARI PERSARAAN BELIAU.
SEGALA JASA DAN BAKTI PN. HJH AZIZAH DI SK LEMBAH BERINGIN AMAT KAMI HARGAI. SEMOGA PN. HJH. AZIZAH DIKURNIAKAN KESIHATAN YANG BAIK DAN SEMOGA BERBAHAGIA MENEMPUH HARI-HARI MENDATANG.
SELAMAT BERSARA DAN TERIMA KASIH CIKGU.