SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Jumaat, 30 Ogos 2019

Majlis Restu Ilmu dan Watikah Perutusan UPSR

Hari: Jumaat
Tarikh: 30 Ogos 2019
Masa: 7:30 pagi hingga 9:00 pagi
Tempat: Dataran Perhimpunan, SK Lembah Beringin
Anjuran: Unit Bimbingan dan Kaunseling
Watikah Perutusan UPSR disampaikan oleh Pn. Faranina binti Saleh, Wakil KPPD Hulu Selangor.

Program ini bertujuan untuk menyedarkan murid tentang pentingnya hubungan silaturrahim yang baik dengan guru yang telah banyak mendidik mereka.
Tanpa restu dan panduan hidup daripada ibu bapa dan guru, pastinya kejayaan yang diimpikan tiada keberkatan yang diinginkan.

Melalui program ini, semua guru telah merestui ilmu yang dicurahkan kepada murid-murid Tahun 6 yang akan menduduki Peperiksaan UPSR bermula pada minggu hadapan. 
Segala kesalahan dan kesilapan yang dilakukan oleh murid-murid juga telah dimaafkan.
Kami doakan semoga mereka semua beroleh ketenangan dan dipermudahkan menjawab soalan yang dikemukakan.  


































PLC Pembelajaran Matematik Secara Inkuiri

Hari: Khamis
Tarikh: 29 Ogos 2019
Masa: 2:00 petang hingga 4:30 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat
Perkongsian oleh: Pn. Suzana binti Anwar, KP Matematik, SK Lembah Beringin

Pembelajaran Matematik Secara Inkuri (PMSI) ini melibatkan model 5E iaitu:
1) Engage
2) Explore
3) Explain
4) Elaborate
5) Evaluate

Semoga apa yang dikongsikan sedikit sebanyak dapat membantu para guru mempelbagaikan pendekatan PdPc ke arah melahirkan murid yang meminati dan berpemikiran matematik.