SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Wednesday, October 26, 2016

SELAMAT MENYAMBUT HARI DEEPAVALI DAN SELAMAT BERCUTI

PIHAK SK LEMBAH BERINGIN INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI DEEPAVALI KEPADA SEMUA DAN SELAMAT BERCUTI.
SEKOLAH AKAN BERCUTI DARI 28 OKTOBER SEHINGGA 1 NOVEMBER 2016.
 SEKOLAH AKAN DIBUKA SEPERTI BIASA PADA 2 NOVEMBER 2016 (RABU).
BERHATI-HATI KETIKA MEMANDU PULANG KE KAMPUNG MASING-MASING.


LAWATAN KLINIK PING PONG & KECERGASAN BERSAMA UPM 2016

TARIKH : 27 OKTOBER 2016
HARI : KHAMIS
MASA : 9.00 AM - 2.00 PM

KELAB PING PONG SK LEMBAH BERINGIN TELAH MENGADAKAN LAWATAN KE UPM (UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA) UNTUK
 PROGRAM KLINIK PING PONG DAN KECERGASAN 2016. 
PARA PESERTA DIBERIKAN TAKLIMAT MENGENAI HAL-HAL BERKAITAN KECERGASAN OLEH PARA PENSYARAH UPM. 
SEMOGA MURID-MURID DAPAT MEMPEROLEH MANFAAT DARIPADA LAWATAN INI.







TAHNIAH KEPADA PAVINEZSH.JOHAN TOKOH NILAM NEGERI SELANGOR 2016

TARIKH : 27 OKTOBER 2016 (PENUTUP)
HARI : ISNIN - KHAMIS
TEMPAT : BTPN SELANGOR 

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA PAVINEZSH KERANA TELAH MENJADI JOHAN TOKOH NILAM NEGERI SELANGOR 2016 UNTUK KATEGORI BAHASA INGGERIS. BELIAU JUGA AKAN MENJADI WAKIL NEGERI SELANGOR UNTUK 
PERINGKAT KEBANGSAAN.
SEMOGA TERUS BERJAYA DI PERINGKAT KEBANGSAAN.



Tuesday, October 11, 2016

ADABI BERSAMA WARGA SK LEMBAH BERINGIN

TARIKH : 12 OKTOBER 2016
HARI ; RABU
MASA : 11.00 AM

SYARIKAT PENGELUAR BARANGAN MAKANAN TERKENAL MALAYSIA, ADABI TELAH MENGADAKAN PROMOSI PRODUK ADABI DI SK LEMBAH BERINGIN. PROGRAM INI JUGA MELIBATKAN PARA IBU BAPA  BERKELAPANGAN YANG INGIN MEMBELI BARANGAN ADABI DENGAN HARGA PROMOSI.










PERTANDINGAN PING PONG PERINGKAT KEBANGSAAN DI SJKC BUKIT BERUANG, MELAKA & PELANCARAN HARI SUKAN NEGARA 2016

TARIKH : 8 OKTOBER 2016
HARI : SABTU
TEMPAT : SJKC BUKIT BERUANG , MELAKA


SKLB TELAH MENGHANTAR PASUKAN PING PONG BAWAH 12 TAHUN KE PERTANDINGAN PING PONG PERINGKAT KEBANGSAAN SEKOLAH KLUSTER DI SJKC BUKIT BERUANG , MELAKA. 
DALAM MASA YANG SAMA, SKLB JUGA TELAH MELANCARKAN HARI SUKAN NEGARA DI MELAKA.
TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA PASUKAN PING PONG SKLB WALAUPUN TIDAK MERAIH KEJAYAAN, NAMUN TELAH MENUNJUKKAN USAHA YANG JITU DALAM PERTANDINGAN INI.









Monday, October 3, 2016

MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN 2016

TARIKH : 30 SEPTEMBER 2016
HARI : JUMAAT
MASA : 8.00 AM - 12.00 PM

ANTARA AKTIVITI YANG DIJALANKAN :-
1. SENAMROBIK SEHATI SEJIWA
2. MERDEKA FUN RUN
3. PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK
4. PERTANDINGAN BUSANA MERDEKA
5. NYANYIAN LAGU PATRIOTIK























LAWATAN PRA SEKOLAH & MURID-MURID SKLB KE NEGERI SEMBILAN TAHUN 2016

TARIKH : 28 SEPTEMBER 2016
HARI : RABU
MASA : 7.00 PAGI - 8.00 MALAM
PESERTA : GURU PENGIRING : 6 ORANG
                    MURID PRA: 25 ORANG
                    MURID SKLB: 40 ORANG
                    IBU BAPA: 15


TEMPAT-TEMPAT YANG DILAWATI :
1. MUZIUM TENTERA (PORT DICKSON)
2. LADANG BURUNG UNTA (PORT DICKSON)
3. PUSAT PEMBIAKAN DAN PENTERNAKAN PENYU (PORT DICKSON)