SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Selasa, 14 Julai 2020

Pelan Laluan Masuk dan Keluar SKLB Pasca Covid-19


Berikut adalah Pelan Laluan Masuk dan Keluar SKLB Pasca Covid-19.




Seluruh warga SK Lembah Beringin perlu mengikuti laluan dan prosedur yang telah ditetapkan bagi memastikan pengurusan sekolah pasca Covid-19 berjalan dengan teratur. 

Persiapan Pembukaan Semula Sekolah

Tarikh: 23 hingga 30 Jun 2020

Seluruh warga kerja SK Lembah Beringin telah berganding bahu bekerjasama melaksanakan gotong-royong untuk memastikan sekolah dapat dibuka sepenuhnya mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.


Antara kerja-kerja yang telah dijalankan adalah seperti berikut:
  • Membersihkan semua bilik PdP.
  • Merancang susun atur bilik-bilik PdP disediakan dengan mengambil kira penjarakan sosial.
  • Menyusun meja bagi setiap bilik PdP dalam jarak satu meter antara satu dengan yang lain.
  • Meletakkan tanda penjarakan sosial satu meter di lokasi yang dikenal pasti. 
  • Menyediakan bilik isolasi. Pelitup muka juga disediakan bagi murid bergejala.
  • Membuat pelan laluan pergerakan.
  • DIY sinki di hadapan setiap bilik PdP. Sabun atau pensanitasi tangan (hand sanitizer) turut disediakan.
  • Menampal maklumat berkaitan langkah pencegahan dan  peringatan COVID-19 di pintu masuk utama sekolah dan lokasi strategik.