SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Wednesday, April 26, 2017

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SUBJEK BAHASA MELAYU UPSR 2017

TARIKH : 27 APRIL 2017
HARI : KHAMIS
MASA : 8.00 AM - 10.00 AM
TEMPAT : DEWAN BERINGIN INDAH, SK LEMBAH BERINGIN
PENCERAMAH : EN. HARUDIN BIN ABAS
( GURU BAHASA MELAYU, SK BANDAR BARU BATANG KALI)

PANITIA BAHASA MELAYU DENGAN KERJASAMA UNIT KURIKULUM TELAH MENGADAKAN BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SUBJEK BAHASA MELAYU UPSR UNTUK MURID-MURID TAHUN 6. NAMUN, UNTUK PENDEDAHAN AWAL, TAHUN 5 JUGA TURUT SERTA DALAM BENGKEL INI. 
PELBAGAI TIPS DAN PETUA TELAH DIDEDAHKAN KEPADA SEMUA MURID UNTUK MEMUDAHKAN MEREKA MENJAWAB KERTAS BAHASA MELAYU UPSR NANTI. 
SEMOGA PROGRAM INI MEMBERI MANFAAT DAN BIMBINGAN KEPADA MURID- MURID DALAM MENGHADAPI PEPERIKSAAN UPSR 2017.









DISKUSI PRESTASI UPSR, IBU BAPA TAHUN 6 BERSAMA PIHAK SEKOLAH 2017

TARIKH : 26 APRIL 2017
HARI : RABU
MASA : 12.50 PM - 2.00 PM
TEMPAT : BILIK MESYUARAT SK LEMBAH BERINGIN

PIHAK SEKOLAH MENGADAKAN DISKUSI PRESTASI UPSR BERSAMA-SAMA IBU BAPA MURID TAHUN 6 . DISKUSI INI MEMBINCANGKAN PRESTASI SEMASA ANAK-ANAK DALAM UJIAN 1 2017 YANG LALU. PERBINCANGAN ANTARA IBU BAPA/PIHAK SEKOLAH DAN POST MORTEM UJIAN UNTUK MEMPERTINGKATKAN PRESTASI ANAK-ANAK DIBINCANGKAN DI DALAM MAJLIS INI.
SEMOGA DENGAN PERBINCANGAN INI DAPAT MEMBERIKAN MANFAAT DAN KEJAYAAN KEPADA ANAK-ANAK MURID TAHUN 6 DALAM MENGHADAPI PEPERIKSAAN UPSR 2017.


















LADAP PENGGUNAAN TELEFON PINTAR YES ALTITUDE

TARIKH : 26 APRIL 2017
MASA : 2.00 PM - 5.00 PM
HARI : RABU
TEMPAT : BILIK MESYUARAT SK LEMBAH BERINGIN
PENCERAMAH : EN. KHAIRIL AZAM BIN MD YAHYA
 PENYELARAS ICT & MAKMAL/PENYELARAS VLE FROG

UNIT ICT TELAH MENGADAKAN LADAP PENGGUNAAN TELEFON PINTAR YES ALTITUDE KEPADA SEMUA GURU. SEMOGA SEMUA GURU DAPAT MENGOPTIMUMKAN PENGGUNAAN TELEFON BERKENAAN UNTUK PDPC.





Tuesday, April 25, 2017

LAWATAN PENANDA ARAS PUSAT SUMBER SEKOLAH AGAMA INTEGRASI AL AMIN KE SK LEMBAH BERINGIN

TARIKH : 26 APRIL 2017
HARI : RABU
MASA : 8.00 AM - 12.00 PM
TEMPAT : PUSAT SUMBER SK LEMBAH BERINGIN

SEKOLAH AGAMA INTEGRASI AL AMIN, BUKIT BERUNTUNG TELAH MENGADAKAN LAWATAN PENANDA ARAS KE PUSAT SUMBER SEKOLAH SK LEMBAH BERINGIN. 

LAWATAN YANG MELIBATKAN 4 ORANG GURU SEKOLAH AL-AMIN TERMASUK GURU BESAR, GPK PENTADBIRAN DAN GURU MEDIA SEKOLAH AL-AMIN BERTUJUAN BERKONGSI MAKLUMAT DAN BERTUKAR-TUKAR IDEA BERKENAAN PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH.

SEMOGA LAWATAN INI MEMBERI MANFAAT KEPADA KEDUA-DUA BELAH PIHAK DAN DAPAT MENGERATKAN SILATURAHIM ANTARA KEDUA-DUA SEKOLAH.

 TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SEKOLAH AL AMIN KERANA SUDI MELAWAT SK LEMBAH BERINGIN.


Gambar kenangan bersama.


Taklimat oleh Guru Media SKLB, Pn. Syuhaidah Salim





Lawatan ke sekitar pusat sumber






Penyampaian cenderamata kepada pihak Sekolah Al Amin.





Terima kasih Sekolah Al Amin atas cenderamata yang diberikan.


Monday, April 24, 2017

PROGRAM JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT 2017

TARIKH : 25 APRIL 2017
HARI : RABU
MASA : 11.00 - 11.30 AM
TEMPAT : FOYER SK LEMBAH BERINGIN

PROGRAM TAHUNAN JOM MEMBACA UNTUK 10 MINIT TELAH DIADAKAN SERENTAK DI SELURUH NEGARA PADA 25 APRIL , JAM 11.00 - 11.10 AM.
PROGRAM INI BERTUJUAN MEMUPUK DAN MENYEMAI SIKAP SUKA MEMBACA DAN CINTAKAN ILMU DI KALANGAN WARGA SEKOLAH KHUSUSNYA MURID-MURID.
SEMUA WARGA SEKOLAH TERLIBAT DALAM PROGRAM INI TERMASUK GURU, STAFF, MURID DAN PEKERJA SWASTA.