SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Friday, March 31, 2017

PROGRAM BACAAN YASSIN, SOLAT HAJAT&SOLAT DHUHA 2017

Tarikh : 31 March 2017
Hari : Jumaat
Masa : 7.45 - 8.30 am
Tempat : Surau SK Lembah Beringin

Panitia Pendidikan Agama Islam telah mengadakan program bacaan Yassin, solat hajat & solat dhuha 2017. Tujuan utama program ini diadakan untuk mendidik dan memupuk murid-murid SK Lembah Beringin mengamalkan bacaan Yassin dan solat-solat sunat ini dalam kehidupan seharian. Semoga selepas ini akan dijadikan amalan harian oleh semua murid.











Tuesday, March 28, 2017

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA PN. SUZILAWATI MD. NOOR@CHE MAT. BELIAU  MENGGANTIKAN TEMPAT PN. ASJANITA AINI ( PEMBANTU TADBIR) YANG BERPINDAH KELUAR.
SELAMAT DATANG DIUCAPKAN DAN SEMOGA TERUS BERUSAHA BERSAMA-SAMA MEMACU KECEMERLANGAN SK LEMBAH BERINGIN SELEPAS INI.

JASAMU TETAP DIKENANG

PN. ASJANITA AINI BT. ABU HASSAN (PEMBANTU TADBIR) TELAH BERPINDAH KE SJKC BUKIT TANGGA, BUKIT BERUNTUNG BERKUATKUASA 27 MARCH YANG LALU. PIHAK SEKOLAH MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH ATAS JASA BAKTI YANG DICURAHKAN DI SK LEMBAH BERINGIN SELAMA INI. SEMOGA BELIAU TERUS CEMERLANG DI SEKOLAH BAHARU.


KEM BESTARI SOLAT KALI PERTAMA 2017

TARIKH : 28 MARCH 2017
HARI : SELASA
MASA : 10.30 AM- 1.20 PM
TEMPAT : SEKITAR SK LEMBAH BERINGIN
PENCERAMAH JEMPUTAN : TN., HJ ZULKIPELI B. MOHAD SAID
 ( MANTAN YDP PIBG SK LEMBAH BERINGIN )

PANITIA PENDIDIKAN AGAMA ISLAM TELAH MENGADAKAN KEM BESTARI SOLAT KALI PERTAMA 2017. SEPERTI MANA TAHUN-TAHUN SEBELUM INI, KEM INI DIADAKAN BERTUJUAN MEMUPUK KESEDARAN KEPENTINGAN SOLAT DAN MEMBIMBING MURID-MURID DALAM IBADAH SOLAT. DISELITKAN JUGA CERAMAH PENDEK YANG DISAMPAIKAN MANTAN YDP PIBG, TN. HJ. ZULKIPELI B. MOHAD SAID.


Taklimat oleh Ustaz Mohd Fadzli

















Ceramah pendek oleh Tn. Hj. Zulkipeli







Monday, March 27, 2017

PELANCARAN MINGGU BAHASA INGGERIS 2017

TARIKH : 27 MARCH 2017
HARI : ISNIN
MASA : 7.30 - 8.00 AM
TEMPAT : TAPAK PERHIMPUNAN SK LEMBAH BERINGIN
PERASMI : EN. SAMSUDIN BIN AHMAD
                 (GURU BESAR SK LEMBAH BERINGIN)

PANITIA BAHASA INGGERIS MELANCARKAN MINGGU BAHASA INGGERIS BERMULA 27 MARCH SEHINGGA 31 MARCH 2017. PELBAGAI AKTIVITI YANG DIRANCANG UNTUK MENGISI PROGRAM KALI INI ANTARANYA :
1. SKRAP BOOK
2. WORD MAZE
3. STORY TELLING
4. CHANT
5. CROSSWORD PUZZLE
6. POETRY RECITAL













Sunday, March 12, 2017

MESYUARAT AGUNG PIBG 2017

TARIKH : 12 MARCH 2017
MASA : 8.00 AM - 12.30 PM
HARI : AHAD
TEMPAT : DEWAN TERTUTUP BERINGIN INDAH, SK LEMBAH BERINGIN
PERASMI : EN. MOKHTAR BIN HUSSIN
                   ( WAKIL YB DATUK HAJAH ROSNI BT SOHAR)
                                  ADUN HULU BERNAM

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA AJK PIBG 2017/2018 YANG BAHARU DILANTIK . SEMOGA DAPAT MELAKSANAKAN AMANAH DAN TANGGUNGJAWAB YANG DIBERIKAN DENGAN BAIK.

PIHAK SEKOLAH JUGA MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA AJK PIBG 2016/2017 YANG TELAH MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB DENGAN BAIK.