SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Khamis, 30 Mei 2019

Majlis Khatam Al-Quran 2019

Hari: Jumaat
Tarikh: 24 Mei 2019
Masa: 10:00 pagi hingga 12:00 tengah hari
Tempat: Dewan Beringin Indah, SKLB





























Selasa, 14 Mei 2019

Pertandingan Frog Championships 2019 Siri Kedua (Pusingan 1)

Pada 1 April 2019 hingga 26 April 2019 yang lalu telah berlangsung Pertandingan Frog Championships 2019 Siri Kedua (Pusingan 1). SK Lembah Beringin merupakan salah sebuah daripada sekolah yang turut menyertai pertandingan tersebut. Bagi sekolah rendah, Pusingan 1 ini berfokus kepada mata pelajaran:
1) Sejarah
2) Bahasa Malaysia
3) Bahasa Inggeris.


Pencapaian SK Lembah Beringin bagi Pusingan 1 ini adalah seperti berikut:




Tempat ke-11 daripada 49 buah sekolah yang mengambil bahagian dalam Daerah Hulu Selangor




Tempat ke-189 daripada 732 buah sekolah yang mengambil bahagian dalam Negeri Selangor




Tempat ke-1358 daripada 5811 buah sekolah yang mengambil bahagian seluruh Malaysia 



Tahniah diucapkan kepada semua murid dan guru SK Lembah Beringin yang telah menggunakan Frog VLE dalam pembelajaran dan pengajaran. Semoga pencapaian Frog VLE sekolah dapat ditingkatkan dari masa ke semasa.

Cenderamata dari BKGK atas Kelahiran Cahaya Mata Pn. Alina

Tahniah diucapkan kepada Pn. Alina binti Mohamed atas kelahiran cahaya mata pada bulan Februari yang lalu. Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan (BKGK) SK Lembah Beringin telah memberikan sedikit cenderamata kepada beliau pada 9 Mei 2019 yang lalu. Cenderamata disampaikan oleh Ustaz Mohd Fadzli bin Ahmad, Pengerusi BKGK, SKLB.


Program Tadarus Al-Quran Ramadhan

Hari: Isnin hingga Jumaat
Masa: 9:55 pagi hingga 10:25 pagi
Tempat: Surau Ar-Rashid, SK Lembah Beringin













Program Tazkirah 5 Minit Ramadhan

Sepanjang bulan Ramadhan, Panitia Pendidikan Islam
mengadakan Program Tazkirah 5 Minit Ramadhan yang disampaikan oleh guru bertugas mingguan. Tazkirah disampaikan selama 5 minit setiap hari pada waktu perhimpunan pagi sebelum murid-murid masuk ke kelas.