SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Khamis, 30 April 2020

Selamat Hari Pekerja 2020

Hari: Jumaat 
Tarikh: 1 Mei 2020

Tanggal 1 Mei merupakan Hari Pekerja yang disambut pada setiap tahun.

Kami, warga SK Lembah Beringin ingin merakamkan ucapan 
SELAMAT HARI PEKERJA 
buat seluruh pekerja di Malaysia.


Presiden Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Tuan Haji Adnan Mat ketika dihubungi penyampai Kool FM iaitu AG, Muaz dan Haiza pada 30 April berkata,
tema sambutan Hari Pekerja pada tahun 2020 ialah “Pekerja Tunjang Kelestarian Negara”.

Ditanya mengenai pemilihan tema tersebut, beliau berkata, pekerja adalah tulang belakang atau tunjang kepada kerajaan hari ini yang menjayakan program-program kerajaan selain memacu kembali ekonomi tatkala negara dilanda Covid-19.

Jika sebelum ini Hari Pekerja disambut secara besar-besaran, tahun 2020 sedikit luar biasa apabila pihak CUEPACS akan mengadakan program melalui Facebook Live pada 1 Mei 2020 bagi mengelakkan perhimpunan ramai susulan wabak Covid-19.

Antara pengisian program ialah ucapan khas daripada Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pemberian anugerah CUEPACS termasuk Tokoh Hari Pekerja dan Anugerah Majikan Prihatin.

" Kehidupan yang indah tidak terjadi begitu saja, 
melainkan dibangun dengan doa, kerja keras, pengorbanan dan cinta "