SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Selasa, 25 Februari 2014

CARA MENDAPATKAN USER ID DAN PASSWORD VLE FROG BAGI IBU BAPA

CARA MENDAPATKAN USER ID DAN PASSWORD VLE FROG BAGI IBU BAPA

Makluman kepada semua ibu bapa dan penjaga murid-murid SK Lembah Beringin. Untuk pengetahuan semua, SK Lembah Beringin telah menggunakan satu platform pembelajaran alaf baru yang dikenali sebagai 1BESTARINET VLE FROG. Platform ini membolehkan murid, guru dan pelajar untuk mengakses platform pemebelajaran ini. Untuk makluman ibu bapa, pada masa ini para pelajar sedang diberikan kursus berkaitan dengan VLE Frog yang akan digunakan oleh mereka semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Ibu bapa dan penjaga juga boleh mengakses laman pembelajaran ini dengan mendapatkan  USER ID dan PASSWORD dengan mengikuti langkah-langkah yang berikut:
1. Sila ke laman web http://www.yes.my dan klik ke 1Bestarinet
Image
2. Klik pada Find your 1Bestarinet ID
Image
3. Sila masukkan NO KP dan NAMA PENUH pada ruangan yang disediakan. Klik Search. Jika nama anda terdapat dalam senarai, maka Nama, No KP, No telefon dan YES ID akan dipaparkan. Sila ukuti arahan seterusnya iaitu dengan memasukkan alamat emel dan no telefon yang sebenar. Kemudian klik UPDATE. Password anda akan diberikan secara serta merta ke telefon bimbit anda.
Image
4. Kemudian, untuk mengakses platform 1Bestrinet VLE Frog SK Lembah Beringin, sila gunakan pelayar web Google Chrome. Taipkan URL ini
Image
Masukkan YES ID dan PASSWORD anda. Kemudian Log In

Tiada ulasan: