SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Jumaat, 8 Jun 2018

PROGRAM WORLD #QURANHOUR PERINGKAT SEKOLAH 2018

TARIKH : 7 JUN 2018
HARI : KHAMIS
MASA : 10.00 AM - 12.50 PM
TEMPAT : DEWAN TERTUTUP BERINGIN INDAH, SK LEMBAH BERINGIN
PERASMIAN : PN. JULAILA BT MOHAMAD
(WAKIL YB HARUMAINI B. OMAR)
ADUN BATANG KALI

    WORLD #QuranHour boleh dilihat sebagai jenama terkenal yang berjaya mempromosikan budaya membaca al-Quran dalam umat Islam daripada pelbagai lapisan masyarakat, rentas budaya dan negara.
     Kejayaan hebat program yang sudah memasuki tahun ketiga diadakan secara besar-besaran itu apabila mampu menarik masyarakat Islam di seluruh dunia untuk mengalunkan ayat suci al-Quran pada satu masa yang gemanya terasa di seluruh pelusuk bumi.
       Dianjurkan oleh SK Lembah Beringin  dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (Cawangan Hulu Selangor), World #QuranHour menghimpunkan kira-kira 130 peserta yang terdiri daripada warga SK Lembah Beringin serta jemputan luar. Turut hadir adalah wakil ADUN Batang Kali, YB Harumaini Omar iaitu Pn. Julaila bt Mohamad  selaku perasmi bagi upacara penutupan program.  Pn. Rohani bt Sanusi iaitu Pegawai Perpustakaan Kuala Kubu Bharu dan mantan YDP PIBG SKLB, Tn. Hj Zulkipeli Mohad Said juga turut hadir menyerikan majlis.

             WORLD #QuranHour ini juga mendapat kerjasama semua guru KAFA SK Lembah Beringin diketuai oleh Ustaz Mohd Yusof Zakaria dan  Ustaz MUhammad Ainul Hariz Abu Hassan.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada semua warga SK Lembah Beringin











Ucapan Pengerusi Majlis, Ustaz Fadzli


Ketibaan Perasmi, Pn. Julaila




Bacaan Quran bermula


Ustaz Mohd Yusof  mengetuai pembacaan quran







Murid membaca quran dalam kumpulan masing-masing







Pembacaan Surah Al Hujarat oleh Ustaz Ainul

Terjemahan dan tafsir oleh Ustaz Mohd Yusof


Pembacaan Ikrar Quran









Ucapan aluan Guru Besar

Ucapan Perasmian oleh Pn. Julaila




Penyampaian cenderamata untuk perasmi



Penyampaian cenderamata untuk Perpustakaan Negeri Selangor




Penyampaian  cenderamata kepada semua murid sumbangan Perpustakaan Negeri Selangor















Gambar kenangan




Tiada ulasan: