SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Selasa, 14 Mei 2019

Pertandingan Frog Championships 2019 Siri Kedua (Pusingan 1)

Pada 1 April 2019 hingga 26 April 2019 yang lalu telah berlangsung Pertandingan Frog Championships 2019 Siri Kedua (Pusingan 1). SK Lembah Beringin merupakan salah sebuah daripada sekolah yang turut menyertai pertandingan tersebut. Bagi sekolah rendah, Pusingan 1 ini berfokus kepada mata pelajaran:
1) Sejarah
2) Bahasa Malaysia
3) Bahasa Inggeris.


Pencapaian SK Lembah Beringin bagi Pusingan 1 ini adalah seperti berikut:




Tempat ke-11 daripada 49 buah sekolah yang mengambil bahagian dalam Daerah Hulu Selangor




Tempat ke-189 daripada 732 buah sekolah yang mengambil bahagian dalam Negeri Selangor




Tempat ke-1358 daripada 5811 buah sekolah yang mengambil bahagian seluruh Malaysia 



Tahniah diucapkan kepada semua murid dan guru SK Lembah Beringin yang telah menggunakan Frog VLE dalam pembelajaran dan pengajaran. Semoga pencapaian Frog VLE sekolah dapat ditingkatkan dari masa ke semasa.

Tiada ulasan: